Friday, 14 February 2014

AkU SeOrAnG teChNiCiAn- PaRt II ( Best bAA jadi EcHo-TeCH ),,,,,(^_^)

        Mengimbas kembali zaman sebelum memulakan kerjaya, Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar dan kolej-kolej kesihatan yang lain di Malaysia telah banyak melahirkan paramedik-paramedik ataupun separa perubatan yang bertaraf diploma. Ini termasuklah jururawat , Pen. Pegawai Perubatan,  juruteknologi makmal perubatan, jurupulih dan banyak lagi. Semua pelajar yang telah menamatkan diploma masing-masing akan diserapkan dimana-mana hospital kerajaan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

       Kerjaya sebagai paramedik adalah kerjaya yang agak bagus kerana berpeluang untuk meluaskan pengalaman yang orang lain mungkin tidak dapat merasainya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu situasi menyelamatkan nyawa seseorang. Di Malaysia, khasnya di Sabah paramedik yang berstatus Pen. Pegawai Perubatan ( Assistant Medical Officer ) akan menjalankan tugas seperti seorang Pegawai Perubatan ( Medical Officer ) dikawasan pedalaman yang tidak mempunyai Pegawai Perubatan.

       Manakala, di kawasan bandar ataupun kawasan yang mempunyai prasarana yang baik Pen. Pegawai Perubatan (AMO) akan ditempatkan di Klinik Pakar ( specialist clinic ). AMO ini akan melakukan beberapa prosedur untuk membantu Pegawai Pakar dan Pegawai Perubatan. Di hospital Lahad Datu, bahagian Kardiologi AMO akan melakukan prosedur pemeriksaan jantung yang dikenali sebagai Echocardiography secara berjadual. Prosedur echocardiography dilakukan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit jantung. Prosedur ini adalah lebih kurang sama seperti ultrasound. Di Klinik Kardiologi Lahad Datu, mesin berjenama Sonosite dan Philips digunakan. 


        Walaupun pengalaman dalam bidang ini baru mencecah setahun jagung bak kata orang namun semakin hari minat terhadap kerjaya ini semakin bercambah. Sebagai seorang Echo-Technician, pengamatan dan ketelitian adalah sangat penting kerana setiap keabnormalan pada jantung yang diperiksa hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan dalam bentuk laporan sebelum dihantar kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pakar.



Perasaan sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan rezeki yang baik kepada hamba-hambaNYA. Peluang dan ruang menjadi Echo-Tech ini akan saya manfaatkan dengan sebaiknya, menimba ilmu sesungguhnya dan insyaallah akan melebarkan sayap sehingga menjadi 'The Best Sonographer' di tempat kerja dan seluruh Lahad Datu.,,,,,,(^_^).

1 comment:

Anonymous said...

kerjaya yang baik adalah manfaatnya dapat pada diri sendiri dan orang lain,,,,:)