Mengimbas kembali zaman sebelum memulakan kerjaya, Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar dan kolej-kolej kesihatan yang lain di Malaysia telah banyak melahirkan paramedik-paramedik ataupun separa perubatan yang bertaraf diploma. Ini termasuklah jururawat , Pen. Pegawai Perubatan, juruteknologi makmal perubatan, jurupulih dan banyak lagi. Semua pelajar yang telah menamatkan diploma masing-masing akan diserapkan dimana-mana hospital kerajaan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kerjaya sebagai paramedik adalah kerjaya yang agak bagus kerana berpeluang untuk meluaskan pengalaman yang orang lain mungkin tidak dapat merasainya sendiri apabila berhadapan dengan sesuatu situasi menyelamatkan nyawa seseorang. Di Malaysia, khasnya di Sabah paramedik yang berstatus Pen. Pegawai Perubatan ( Assistant Medical Officer ) akan menjalankan tugas seperti seorang Pegawai Perubatan ( Medical Officer ) dikawasan pedalaman yang tidak mempunyai Pegawai Perubatan.
Manakala, di kawasan bandar ataupun kawasan yang mempunyai prasarana yang baik Pen. Pegawai Perubatan (AMO) akan ditempatkan di Klinik Pakar ( specialist clinic ). AMO ini akan melakukan beberapa prosedur untuk membantu Pegawai Pakar dan Pegawai Perubatan. Di hospital Lahad Datu, bahagian Kardiologi AMO akan melakukan prosedur pemeriksaan jantung yang dikenali sebagai Echocardiography secara berjadual. Prosedur echocardiography dilakukan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit jantung. Prosedur ini adalah lebih kurang sama seperti ultrasound. Di Klinik Kardiologi Lahad Datu, mesin berjenama Sonosite dan Philips digunakan.
Walaupun pengalaman dalam bidang ini baru mencecah setahun jagung bak kata orang namun semakin hari minat terhadap kerjaya ini semakin bercambah. Sebagai seorang Echo-Technician, pengamatan dan ketelitian adalah sangat penting kerana setiap keabnormalan pada jantung yang diperiksa hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan dalam bentuk laporan sebelum dihantar kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pakar.
Perasaan sangat bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan rezeki yang baik kepada hamba-hambaNYA. Peluang dan ruang menjadi Echo-Tech ini akan saya manfaatkan dengan sebaiknya, menimba ilmu sesungguhnya dan insyaallah akan melebarkan sayap sehingga menjadi 'The Best Sonographer' di tempat kerja dan seluruh Lahad Datu.,,,,,,(^_^).
AkU tEcHniCiAn (@@)
pEaCe Yoooooo!!!!!!
Friday, 14 February 2014
AkU tEcHniCiAn (@@): AkU sEoRaNg TeChNiCiAn,,,(@_@) - PART 1
AkU tEcHniCiAn (@@): AkU sEoRaNg TeChNiCiAn,,,(@_@) - PART 1: Sabah merupakan sebuah negeri yang masih sedikit ketinggalan daripada negeri-negeri di semenanjung Malaysia dari segi prasarana dan in...
AkU sEoRaNg TeChNiCiAn,,,(@_@) - PART 1

Lahad Datu juga merupakan salah sebuah daerah yang memegang status Hospital Berpakar. Di hospital ini terdapat Klinik Pakar di mana selalunya hanya terdapat di daerah-daerah besar sahaja yang mampu memegang satatus berkenaan. Klinik Pakar di Hospital Lahad Datu terbahagi kepada beberapa sub kepakaran antaranya ialah MOPD ( Medical Out Patient Department ) , SOPD ( Surgical Out Patient Department ), Orthopaedic, Opthalmology, CARDIOLOGY dan ENT ( Eye, Nose and Throat ).
Penubuhan Klinik Berpakar di daerah Lahad Datu ini memberi kemudahan kepada penduduknya mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang memerlukan inspeksi daripada Pakar Perubatan sendiri. Ini adalah kerana jarak antara daerah Lahad Datu ke Pusat Perubatan Berpakar yang terletak di Kota Kinabalu adalah sangat jauh dan mengambil masa 6 jam perjalanan melalui darat dan 55 minit melalui perjalanan udara.
Sub kepakaran yang terdapat di Klinik Pakar Hospital Lahad Datu mempunyai Pegawai Pakar ( specialist ) sendiri kecuali unit kardiologi. Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai masalah jantung akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan bahagian Jabatan Perubatan. Pesakit-pesakit yang mengalami masalah jantung ini akan dirujuk ke Unit Kardiologi untuk prosedur-prosedur seperti ECHOCARDIOGRAPHY, EXERCISE STRESS TEST, ELECTROCARDIOGRAPHY, HOLTER TEST, dan AMBULATORY BP MONITORING.
Pesakit-pesakit yang mempunyai masalah jantung ini seterusnya akan di rujuk ke IJN negeri sabah ( akan datang ) iaitu Hospital Queen Elizabeth II yang terletak di Damai , Kota Kinabalu , Sabah.
~ akan bersambung ,,,,,
~ akan bersambung ,,,,,
Sunday, 23 June 2013
Wanita Dan Kedatangan Haid
Sindrom Pra haid
Ramai
wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali
sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual
selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir
tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula
gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap
wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan
fisiologi dan psikologi.
Di antara gejala yang sering
dialami ialah dari segi psikologikal emosi akan menjadi terlalu sensatif dimana seseorang akan cepat meradang, tertekan , mengalami kelesuan, keresahan dan kadangkala mengalami gangguan tidur. Manakala, dari sudut fisiology pula seseorang akan mengalami sakit kepala, migrain, pening serta pitam. Pada saat ini wanita akan mengalami ketegangan payu dara dan tender apabila disentuh.
Antara gejala lain yang sering dialami oleh seorang wanita ialah mengalami masalah sembelit, kembung perut dan kadang-kadang berlaku juga kekejangan pada bahagian abdomen. Kebiasaanya dan agak sinonim bagi seorang wanita yang mengalami sindrom pra haid ini ialah timbulnya jerawat pada bahagian muka dan pada bahagian belakang badan akibat daripada perembesan hormon yang tidak terkawal dan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak.
Oleh hal yang demikian dinasihatkan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kebersihan diri, emosi , dan diet yang betul agar hidup sentiasa ceria walaupun pada hari-hari yang "mendung".
Artikel ini dipetik dari Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup ( Dewan Kosmik, Mac 2011 ).Saturday, 22 June 2013
Wanita Dan Masalah Kesihatan
Wanita dan kedatangan haid yang sakit
wanita dan haid adalah sinonim kerana hanya wanita sahaja yang akan mengalami kedatangan haid. Haid adalah pendarahan yang berlaku pada wanita setiap bulan tidak kira samada kitaran haid yang terjadi tetap ataupun tidak tetap.
walaubagaimana pun, terdapat segelintir wanita yang mengalami kedatangan haid yang sakit pada hari pertama dan berlanjutan pada hari kedua. Kedatangan haid yang sakit ini dikenali sebagai dysmenorrhea dan adakalanya menganggu aktiviti seharian wanita kerana wanita pada hari tersebut akan mengalami tahap emosi yang merundum,sensatif dan depresi. Oleh hal yang demikian, wanita harus mencari inisiatif untuk mengurangkan tekanan emosi agar tidak menganggu kerja, atau membuat sesuatu keputusan yang diluar dugaan. Gejala dysmenorrhea merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening. Masalah dysmenorrhea boleh dikelaskan kepada primer dan sekunder. Dysmenorrhea primer berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim. Sebaliknya, dysmenorrhea sekunder berlaku disebabkan oleh masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids iaitu ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim dan penyakit inflamasi pelvik.
![]() | |
endometriosis |
![]() |
fibroid |
Walau bagaimanapun, gejala dysmenorrea primer adalah gejala yang kerap berlaku, justeru kebanyakan wanita yang mengalaminya akan mengambil ubat penahan sakit bukan steroids ( NSAIDS ) seperti Mefenamic Acid ( Ponstan ), Ibuprofen dan Acetaminophen . Selain itu, menggunakan teknik demahan panas pada bahagian bawah abdomen juga merupakan salah satu teknik mengurangkan sakit semasa kedatangan haid. Di samping itu, selalunya wanita yang mengalami kesakitan semasa haid ini disusuli dengan ketidakselesaan pada bahagian abdomen dan juga berlakunya distended pada abdomen, oleh hal yang demikian, dinasihatkan kepada wanita supaya tidak mengambil makanan yang sejuk sebaliknya ambillah makanan yang masih panas serta makanan yang bersup. Dinasihatkan jugan agar mengambil makanan yang kaya dengan protien,vitamin, dan zat galian lain.
Sumber karya ini dipetik sedikit sebanyak daripada Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup ( Dewan Kosmik, Mac 2011 ).
Saturday Afternoon,,(^_^),,Hello Bloggers!!!!,,,
![]() |
marilah kita sama-sama belajar dan menuntut ilmu,,(^_^) |
Subscribe to:
Posts (Atom)