Wanita dan kedatangan haid yang sakit
wanita dan haid adalah sinonim kerana hanya wanita sahaja yang akan mengalami kedatangan haid. Haid adalah pendarahan yang berlaku pada wanita setiap bulan tidak kira samada kitaran haid yang terjadi tetap ataupun tidak tetap.
walaubagaimana pun, terdapat segelintir wanita yang mengalami kedatangan haid yang sakit pada hari pertama dan berlanjutan pada hari kedua. Kedatangan haid yang sakit ini dikenali sebagai dysmenorrhea dan adakalanya menganggu aktiviti seharian wanita kerana wanita pada hari tersebut akan mengalami tahap emosi yang merundum,sensatif dan depresi. Oleh hal yang demikian, wanita harus mencari inisiatif untuk mengurangkan tekanan emosi agar tidak menganggu kerja, atau membuat sesuatu keputusan yang diluar dugaan. Gejala dysmenorrhea merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening. Masalah dysmenorrhea boleh dikelaskan kepada primer dan sekunder. Dysmenorrhea primer berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim. Sebaliknya, dysmenorrhea sekunder berlaku disebabkan oleh masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids iaitu ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim dan penyakit inflamasi pelvik.
![]() | |
endometriosis |
![]() |
fibroid |
Walau bagaimanapun, gejala dysmenorrea primer adalah gejala yang kerap berlaku, justeru kebanyakan wanita yang mengalaminya akan mengambil ubat penahan sakit bukan steroids ( NSAIDS ) seperti Mefenamic Acid ( Ponstan ), Ibuprofen dan Acetaminophen . Selain itu, menggunakan teknik demahan panas pada bahagian bawah abdomen juga merupakan salah satu teknik mengurangkan sakit semasa kedatangan haid. Di samping itu, selalunya wanita yang mengalami kesakitan semasa haid ini disusuli dengan ketidakselesaan pada bahagian abdomen dan juga berlakunya distended pada abdomen, oleh hal yang demikian, dinasihatkan kepada wanita supaya tidak mengambil makanan yang sejuk sebaliknya ambillah makanan yang masih panas serta makanan yang bersup. Dinasihatkan jugan agar mengambil makanan yang kaya dengan protien,vitamin, dan zat galian lain.
Sumber karya ini dipetik sedikit sebanyak daripada Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup ( Dewan Kosmik, Mac 2011 ).
No comments:
Post a Comment