Sunday, 23 June 2013

Wanita Dan Kedatangan Haid

Sindrom Pra haid


Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi dan psikologi. 
Di antara gejala yang sering dialami ialah dari segi psikologikal emosi akan menjadi terlalu sensatif dimana seseorang akan cepat meradang, tertekan , mengalami kelesuan, keresahan dan kadangkala mengalami gangguan tidur. Manakala, dari sudut fisiology pula seseorang akan mengalami sakit kepala, migrain, pening serta pitam. Pada saat ini wanita akan mengalami ketegangan payu dara dan tender apabila disentuh. 
Antara gejala lain yang sering dialami oleh seorang wanita ialah mengalami masalah sembelit, kembung perut dan kadang-kadang berlaku juga kekejangan pada bahagian abdomen. Kebiasaanya dan agak sinonim bagi seorang wanita yang mengalami sindrom pra haid ini ialah timbulnya jerawat pada bahagian muka dan pada bahagian belakang badan akibat daripada perembesan hormon yang tidak terkawal dan pengeluaran minyak daripada kelenjar minyak.
Oleh hal yang demikian dinasihatkan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kebersihan diri, emosi , dan diet yang betul agar hidup sentiasa ceria walaupun pada hari-hari yang "mendung".
Artikel ini dipetik dari Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup ( Dewan Kosmik, Mac 2011 ).




 








Saturday, 22 June 2013

Wanita Dan Masalah Kesihatan

Wanita dan kedatangan haid yang sakit
wanita dan haid adalah sinonim kerana hanya wanita sahaja yang akan mengalami kedatangan haid. Haid adalah pendarahan yang berlaku pada wanita setiap bulan tidak kira samada kitaran haid yang terjadi tetap ataupun tidak tetap. 
walaubagaimana pun, terdapat segelintir wanita yang mengalami kedatangan haid yang sakit pada hari pertama dan berlanjutan pada hari kedua. Kedatangan haid yang sakit ini dikenali sebagai dysmenorrhea dan adakalanya menganggu aktiviti seharian wanita kerana wanita pada hari tersebut akan mengalami tahap emosi yang merundum,sensatif dan depresi. Oleh hal yang demikian, wanita harus mencari inisiatif untuk mengurangkan tekanan emosi agar tidak menganggu kerja, atau membuat sesuatu keputusan yang diluar dugaan. 
Gejala dysmenorrhea merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan pening. Masalah dysmenorrhea boleh dikelaskan kepada primer dan sekunder. Dysmenorrhea  primer berlaku disebabkan oleh pengecutan otot rahim. Sebaliknya, dysmenorrhea  sekunder berlaku disebabkan oleh masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids iaitu ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim dan penyakit inflamasi pelvik.
endometriosis
 
fibroid

Walau bagaimanapun, gejala dysmenorrea primer adalah gejala yang kerap berlaku, justeru kebanyakan wanita yang mengalaminya akan mengambil ubat penahan sakit bukan steroids ( NSAIDS ) seperti Mefenamic Acid ( Ponstan ), Ibuprofen dan Acetaminophen . Selain itu, menggunakan teknik demahan panas pada bahagian bawah abdomen juga merupakan salah satu teknik mengurangkan sakit semasa kedatangan haid. Di samping itu, selalunya wanita yang mengalami kesakitan semasa haid ini disusuli dengan ketidakselesaan pada bahagian abdomen dan juga berlakunya distended pada abdomen, oleh hal yang demikian, dinasihatkan kepada wanita supaya tidak mengambil makanan yang sejuk sebaliknya ambillah makanan yang masih panas serta makanan yang bersup. Dinasihatkan jugan agar mengambil makanan yang kaya dengan protien,vitamin, dan zat galian lain. 
Sumber karya ini dipetik sedikit sebanyak daripada Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup ( Dewan Kosmik, Mac 2011 ).

Saturday Afternoon,,(^_^),,Hello Bloggers!!!!,,,


Selamat berhari minggu kepada semua 'blogger' yang ada,,saya seorang yang baru mahu melangkah kedunia 'blog' jika sesiapa yang terbaca 'blog' yang tidak seberapa ini bolehlah memberikan pandangan mahupun ulasan yang berkaitan mengenai dunia 'blog'. Tujuan saya menulis ' blog' adalah untuk berkongsi kepada semua mengenai sedikit ilmu tentang kesihatan dan yang berkaitan dengannya. Semoga dengan ini dapat memberi manfaat kepada diri saya dan semua. Ucapan salam perkenalan daripada saya Rozarh Asyikin.


marilah kita sama-sama belajar dan menuntut ilmu,,(^_^)